Saturday 4 February 2012

1st day...


Seriously, tahap gaban punyer nervousnyer sampai kelam-kabut.. Tapi tak la kabut sangat.. Specialnya, mak abah sanggup amik cuti semata-mata nak hantar gi tempat praktikal.. (Terharu sangat!!) Keluar dari rumah cadangnya pukul 7.. ( saja nak kuar awal,1st day la katakan..) Tapi disebabkan akak ku pun nak ikut jugak, lenggang2, gerak pukul 7.15 pagi.. Sebelum ni, penah je gi bawak kete ke putrajaya.. Tengok2 tempat praktikal.. and so far,ok jer bawak manual ni hah.. tapi tak la gugup punyer pasal nak pegi praktikal ke (atau abah follow dari belakang,cuak sket..), ada je serba tak kene.. Enjin mati,salah masuk gear,terlencong sana sini,signal terlupa nak bagi.. hahha.. HARU!.. hehe..

Sampai ke destinasi dalam pukul 7.40 pagi.. Lebih kurang 20 minit ke atas la jaraknya...(depends on how much you accelerate) Pergh! lapor diri sebelum 8.30, kul 7.40 da sampai. Memang lepak dalam kete,dengar radio sambil tunggu kawan sampai.. Lepas kawan sampai, dalam pukul 8.15 pagi kteorg masuk lobi, and tunggu yang tak sampai lagi.. ada 3 orang praktikal student (included me as well) ngan 3 lagi employed candidate yang dalam tempoh percubaan.. Semua pompuan.. yeay!!! Senang nak borak2..hehe.. Ada jugak, briefing, pasal policy company dan urusan surat menyurat..

Sebelum masuk ofis, HR manager bawak gi jalan2.. Ada 3 bangunan kat Taman Ekuestrian tuh.. Club House, Pavilion & Horse Stable.. (dua bangunan jer gi melawat, Horse Stable HR tak larat nak bawak gi jalan.. Jauh la jugak.. uhuhu..)  Lepas tu, kiteorg dibawa jalan2 dalam ofis & jumpe manager,staff untuk perkenalkan diri semua.. Kedatangan kteorg tak pakai buku,card or any other material.. So pakai apa nak punch in, punch out??? Kteorang pakai AFIS, Automated Fingerprint Identification System !!! hehe.. Advance sikit.. hehe..

My first task is to manage the company's credit sales.. Key in the data into software they used, prepare report so on and also, the most tedious work I ever done on that day, is filling the receipts.. heheh.. Paling banyak makan masa filling the docs la.. huhuh.. But the best part is breakfast, lunch and also tea time was totally sponsored by the company.. =) (jimat duit den..haha)

Strike pukul 5 petang, semua macam da nak bergegas keluar dari ofis.. Pelik! bukan abis 5.30 ker??? Then, kiteorg diberitahu, setiap khamis, ada bacaan yasin kat dewan atas sebelum balik umah.. Alhamdulillah..=) Tengah2 baca, hujan pulak.. da hujan petir kilat mnyambar2.. Dasyat petir nyer.. Kuat bunyi nyer macam menyambar kat sebelah menyebelah jer.. kawan kat sebelah da mula risau.. naik motor ke ofis,baju hujan tak bawak pula.. (nasib baik hujan reda sebelum maghrib..) Da abis office hours, hujan masih lebat lagi.. alang2 tunggu hujan reda, pegi sembahyang Asar dulu.. Balik umah tak la tergesa2 sangat dan tak dilambat2 kan sembahyang... Sampai ke umah dalam 6.30 petang.. Balik2 layan Gemersik Kalbu dulu, then sembahyang dan makan, tidur pukul 11.. Bajet nak tidur awal, tapi baju tak gosok and nak prepare log book lagi.. hehehe..

Kesimpulannya, semua berjalan dengan lancar, Alhamdulillah... Yang penting setiap benda yang kita lakukan kena berlandaskan niat, tak kisah nak naik keta ke,jumpa orang ke, buat keja ke.. Mesti disertakan dengan niat yang baik ya,kawan2..

Terutama sekali Lillahi Taala... =)

Wednesday 1 February 2012

Cuak.. Cuak.. Cuak!!!


1 February 2012.. Sepatutnya hari ni start praktikal... 

Tapi bersempena pembentukan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada tahun 1974 dan Hari Wilayah diperkenalkan pada 1 Februari 1974 iaitu empat hari selepas Perjanjian Wilayah Persekutuan ditandatangani oleh Yang di-Pertuan Agong dan Sultan Selangor pada 28 Januari 1974, maka dengan itu diisytiharkan hari ni cuti.. 

So, kita enjoy!!! (tak enjoy sangat sebenarnya.. hurm..)
Dan Putrajaya pun wilayah, jadi, cuti lah jugak.. 

Tapi bukan itu yang nak diceritakan.. huh.. Yang nak diceritakan sekarang.. Apa benda pun tak prepare lagi... Macam mano nih??? Baju tak gosok laie, beg tak packing laie, buku tak usik langsung.. Aduyai..
‘Ko nak praktikal ke, tak nie???’ bermonolog ku bersendirian...
Ramai kawan praktikal hari ni... Nanti diorang da balik keje, nak ambush dorg… hahahha..!! Banyak soalan nak ditanyakan.. Seperti..
  • Sampai tempat keje pukul berapa?
  •   Nak lapor diri macam mana?
  •   Ada ruang sendiri tak disediakan? (cth: meja)
  •   Rehat pukul berapa?
  •   Mesra tak pekerja kat sana?
  •   Dan banyak lagi sebenarnya.. huhuhu..
PALING yang terpaling utama sekali.. KEJE APE YG KORANG BUAT HARI NI???

harap2 dorang selesa dapat kat sana… Saya doakan kemudahan urusan untuk mereka sepanjang 6 bulan praktikal ni..  Aminnn ya rabb…

Yang penting!

“Bukan harta wang(elaun) yang dipertikaikan, tetapi pengalaman yg bermakna,kan.. Aduyaii nyer..” 

*Pantun 2 kerat “Ah Cai”.. hehe…